
"MEGA SALE"..satu perkataan yang ditunggu-tunggu dikalangan masyarakat kita masa kini. mana taknye..memandangkan ekonomi dunia sekarang makin meruncing..semua benda nak murah..kalo boleh nak percuma..muhahah...
Kat sini aku bukan nak citer berfokuskan pada mega sale semata...aku kat sini nak tekankan pada makhluk-makhluk yang mengambil kesempatan pada sempena mega sale ni..nak lak pada dikalangan kita yang tengah terdesak dan terpukau ngan promosi2 yang dilakukan oleh segelintir pihak yang sengaja mengaut keuntungan dengan memperdayakan orang lain.Antaranya "Gores dan menang"..tapi ni istilah dulu..dah pun diharamkan oleh kerajaan kita...tetapi ada juga pihak yang degil dengan mengubah tektik mereka dengan "koyak dan menang.."..sama la kan..cuma bunyi je lain...
Bukan makcik2 sahaja yang terkena..paling Syoknye aku hampir terkena juga di salah sebuah pasaraya ni..ada le 2 orang kelibat memegang sampul menghampiri aku yang sedang nak masuk ke dalam kete..sebenarnya diorg dah panggil2 aku dari kuar pasaraya tu..tapi aku wat pekak je..tapi ntah ape yang menyampuk diorg..boleh lak diorg berlari2 ke arah aku...maka adengan pujuk memujuk pun berlaku le sepertimana yang telah dilatih supaya aku tergoda dgn promosi2
diorg.Antara taktik pujukannya..apabila aku membuka sampul tu..didalam tu akan terdapat 5 label yang berwarna..dimana setiap satunya ada potongan harga bagi barangan yang terdapat di dalam pasaraya tu..ada gak label bertulis "Thank You"..ini bermakna kita x dapat ape..dan memulangkan semula kat diorg...1 label lagi bertulis hamper..dimana kalo kita dapat label tu..kita kan mendapat hamper yang disediakan oleh pasaraya...dan 1 lagi label bertulis "Free Gift"..ha..label ni la yang diorg harapkan..supya kita boleh mengambil barang pada diorng..istilah je free gift..tapi hakikatnya kita kena tambah duit.. Mulanya aku malas nak dengar...aku suruh diorg sendiri bukak sampul tu bagi pihak aku..tapi dia bukak sikit je..pastu suruh aku bukak..aku pun dengan keadaan menyampah nak melayan..aku pun bukak...maka dalam sampul tu tertulis le yang aku memenangi 3 barang yang bernilai ribuan ringgit. Maka syoklah 2 org makhluk ni sambil terlonjak2 melompat kegembiraan sebab aku dapat free gift..aku pun dah naik meluat..maka aku pun bagi balik kat diorg berdua..aku kata aku ikhlas bagi pada diorg..muahahah...dan aku terus masuk kete dan blah dari situ sambil mengangkat tangan tanda hormat kat diorg...
kat sini aku nak ingatkan pada kawan2 & makcik2 kat yang baca ni..hati-hati la..jagan sesekali terpedaya dengan situasi macam ni..sebab dia bukan sekadar kita memberi barang..malah memberi BEBAN lagi pada kita..muahahah....bukannya aku nak buruk2kan sesebelah pihak..tapi ape yang aku tau..kerajaan dah haramkan kaedah "Gores & Menang"...So, udah2 le tu..perdaya orang..
No comments:
Post a Comment